Sunday 12 October 2014

Evolusi Kusahawanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada hari ini, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang keusahawanan dan evolusi keusahawanan.

Keusahawanan merupakan aktiviti penuh azam daripada seorang individu atau sekumpulan individu yang memulakan, mengekalkan atau mengatur unit perniagaan yang berorientasi kepada keuntungan untuk pengeluaran dan pengedaran barangan dan perkhidmatan ekonomi (A.H. Cole, 1959) Definisi bagi usahawan pula adalah pengiktiraf peluang di mana orang lain melihat keadaan huru hara atau kemelut. Usahawan juga pemangkin untuk perubahan yang agresif dalam pasaran dan pencabar sesuatu yang tidak diketahui dan terus menerus mencipta masa depan. Peter F. Drucker berkata “Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”

                                                                                                            
 Evolusi Keusahawanan

Zaman
Konsep dan Teori
Pada zaman permulaan
Definasi keusahawanan bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut.
Pada zaman pertengahan
Usahawan digambarkan sebagai seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Ia mungkin mengawal projek tersebut menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Dalam kes ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko. Usahawan pada zaman ini, adalah seorang yang mengawal(berkuasa) kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.
Abad ke 17
Terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pakar ekonomi Richard Cantillion mengutarakan teori (definasi) awal mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada  istilah entrepreneur (usahawan). Pada pandangan beliau, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.
Abad ke 18
Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal
Abad ke 19 dan 20
Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.
Abad ke 21
Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise. Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. “Sekarang, kebanyakkan orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru.” Kuratko & Hodgetts


No comments:

Post a Comment