Sunday 12 October 2014

Kegiatan ekonomi zaman Pra-Sejarah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang kegiatan ekonomi yang dilakukan pada zaman Pra-Sejarah. Keadaan persekitaran mempengaruhi kegiatan manusia dan masyarakat zaman Pra-Sejarah.

i) Zaman Paleolitik
- Masyarakat zaman Paleolitik merupakan pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan harian. Mereka memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Mereka memburu binatang dalam kumpulan yang kecil namun mereta tetap membahagikan hasil buruan sama rata sesama mereka.

ii) Zaman Neolitik
- Masyarakat zaman Neolitik tidak seperti zaman Paleolitik. Masyarakat zaman ini mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka mula menghasilkan sumber makanan sendiri dan tidak lagi menggunakan alam sekitar sebagai kegiatan ekonomi yang utama. Namun mereka tetap bergantung kepada kesuburan tanah secara semulajadi untuk menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kawasan pertanian yang menjadi tumpuan adalah di lembah-lembah sungai yang terdiri daripada tanah lanar. Lebihan daripada hasil pertanian akan didagangkan.

No comments:

Post a Comment