Friday 7 November 2014

Kertas Ulasan

PENGENALAN
Keusahawanan merupakan aktiviti penuh azam daripada seorang individu atau sekumpulan individu yang memulakan, mengekalkan atau mengatur unit perniagaan yang berorientasi kepada keuntungan untuk pengeluaran dan pengedaran barangan dan perkhidmatan ekonomi (A.H. Cole, 1959). Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution). Usahawan pula adalah pengiktiraf peluang di mana orang lain melihat keadaan huru-hara atau kemelut. Usahawan juga pemangkin untuk perubahan yang agresif dalam pasaran dan pencabar sesuatu yang tidak diketahui dan terus menerus mencipta masa depan. Peter F. Drucker berkata “apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari”. Pembangunan keusahawanan amat penting dalam aspek individu kerana dapat memperbaiki peribadi seseorang usahawan. Pembangunan keusahawanan juga amat penting dalam aspek sosial di mana dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Dalam aspek negara juga pembangunan keusahawanan amat penting kerana dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

ISI

Terdapat pelbagai kelebihan perniagaan internet yang dilakukan. Antaranya adalah tidak memerlukan modal permulaan yang tinggi. Hal ini kerana kita tidak perlu menanggung kos pengurusan yang tinggi untuk menggaji ramai pekerja. Selain itu juga, untuk memulakan perniagaan melalui internet kita tidak perlu memohon lesen perniagaan sehinggalah perniagaan kita telah berkembang dan berjaya. Peruntukan masa pula hanyalah sejam hingga dua jam sehari sahaja untuk menguruskan perniagaan internet yang dijalankan. Kita juga tidak perlu menyewa ruang pejabat malah tidak perlu membeli peralatan seperti komputer, meja, kerusi atau unit penghawa dingin kerana ada pihak lain yang menawarkan perkhidmatan tersebut dengan kadar sewa yang amat murah dan fleksibel. Kita cuma perlu tahu bagaimana cara untuk memperolehi semua tersebut. Hal ini dapat dikaitan dengan salah seorang usahawan Internet berjaya iaitu Irfan Khairi. Modal permulaannya hanya RM500. Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan Internet secara sambilan pada 1999. Selepas mendapati pendapatan daripada perniagaan Internet miliknya itu bertambah berlipat kali ganda, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan tersebut.Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan komputer riba dan internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000  walaupun tanpa pekerja dan peralatan komputer yang canggih.

Selain itu, untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita perlukan berani mengambil risiko. Seperti sifat umum yang ada pada seorang usahawan, usahawan yang ingin berjaya pada abad ke-21 perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Secara amnya, semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangan yang akan diperolehi. Namun begitu, pada abad ke-21 ini, seseorang usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa akan datang. Sebagai contoh, Nash Idrus berani mengambil risiko dengan meletakkan peribadi dan professional sebagai kuasa beliau untuk terus berkembang sebagai usahawan. Secara keseluruhannya, beliau telah melabur lebih daripada AS 50,000 dalam latihan, seminar, buku dan menjalani peribadi Kejurulatihan Perniagaan.

Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa. Orang yang positif juga memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut yang positif. Mereka akan memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan. Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh, mereka akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar. Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Sebagai contoh, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman,pengasas produk D'Herbs, merupakan seorang Usahawan muda yang bergelar Datuk pada usia 25 Tahun. Beliau telah dilontarkan dengan kata-kata yang kurang menyenangkan “alaa Syukri, kau tu takkan boleh berjaya. Kau tu lepasan SPM, masuk universiti pun tak lepas. Kau takkan berjaya Syukri”. Kata-kata itu dilontarkan diawal perniagaannya dibangunkan. Namun beliau tidak pernah berputus asa dan terus berusaha sehingga berjaya ke tahap yang sekarang.

KESIMPULAN

Untuk menjadi seorang usahawan muda yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan keazaman yang sangat tinggi dan berani mengambil risiko. Selain itu, kita perlu mempunyai ciri-ciri yang bertepatan untuk menjadi usahawan berjaya. Namun sekiranya kita mengalami kejatuhan ataupun gagal di awal perniagaan, jangan pernah sesekali berputus asa. Kita pasti akan berjaya sekiranya terus berusaha. Bak kata pepatah “ usaha tangga kejayaan ”.





Wednesday 15 October 2014

Konsep blog


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya menghasilkan blog ini sebagai salah satu tugasan bagi mata pelajaran BPME2013 Kemahiran dan Gelagat Usahawan pada semester ini. Ikutilah perjalanan saya untuk menghasilkan blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca. J

Pada permulaan saya ingin menerangkan tentang visi, misi dan matlamat saya membuat blog ini. Apakah yang dimaksudkan dengan visi,misi dan matlamat? Apakah pengertian sebenar visi, misi dan matlamat? Apakah contoh visi,misi dan matlamat?

Visi : Tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan, wawasan dan sebagainya. Dalam erti kata lain, visi adalah hasil yang mahu dicapai. Contohnya seperti menjadi perniagaan yang berdaya maju dalam bidang IT. Visi adalah sama maksud dengan istilah impian dan cita-cita, dan disandarkan pada misi yang dilaksanakan ataupun usaha.

Misi : Tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan. Dalam erti kata lain misi bermaksud usaha yang akan dilaksanakan bagi mencapai visi tertentu. Ia juga bermaksud mengapa kita (perniagaan) perlu wujud? Contohnya adalah seperti memberikan nilai pengalaman yang terbaik kepada pelanggan melalui teknologi IT yang diniagakan.

Matlamat : Sasaran, sesuatu yang hendak dicapai, atau  tujuan. Dalam erti kata lain matlamat ialah sasaran-sasaran perkara yang ingin ditingkatkan daripada tahap kita berada sekarang ke tahap yang kita inginkan. Ia adalah hasil daripada kita mengenal kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang ada.

Bagi mencapai visi, misi perlu ditetapkan. Misi ialah perkara atau tugas yang akan kita lakukan bagi mencapai visi. Bagi syarikat, ia juga merupakan khidmat atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

Visi saya menghasilkan blog ini adalah untuk menjadi salah satu blog utama yang sering dilawati oleh masyarakat bagi topik berkaitan dengan keusahawanan. Misi blog ini dihasilkan pula adalah untuk menulis artikel yang berkualiti secara konsisten, mengutamakan artikel berkaitan keusahawanan dan pemasaran, menulis dengan menggunakan bahasa Melayu yang sempurna, menyebarkan ilmu perniagaan dan keusahawanan yang betul kepada rakyat Malaysia dan memberi perkongsian tulisan yang bermanfaat dan berkualiti dalam topik blogging, keusahawanan dan perniagaan.

Matlamat saya menghasilkan blog ini pula adalah untuk membantu sesiapa sahaja yang  ingin membina blog menggunakan hosting sendiri, menulis buku berkaitan topik blogging, keusahawanan dan perniagaan, berkongsi ilmu dan pengalaman melalui artikel dan soalan yang dikemukakan, mewujudkan blog yang mesra pengguna, dan menyediakan bahan bacaan bermanfaat buat pengunjung setia blog.

Konsep yang saya gunakan untuk blog ini adalah blog saya boleh dilawati oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringat umur asalkan ianya berkaitan dengan keusahawanan. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keusahawanan bolehlah melawati blog saya.


Saya akan membuat analisis tentang sesuatu artikel yang berkaitan tentang keusahawanan terlebih dahulu sebelum saya menulis di laman blog saya. Sumber yang diperolehi haruslah daripada sumber yang tepat. Hal ini kerana laman blog saya akan dilawati oleh orang yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang keusahawanan. Sekiranya saya menulis sesuatu yang tidak tepat, maka pelawat laman blog saya juga akan mendapat info yang salah.

Saya juga ada menyediakan ruangan komen untuk pelawat laman blog saya. Mereka boleh menggunakan ruangan komen tersebut untuk mengkritik hasil tulisan saya dan juga sekiranya mereka ingin saya membuat penambahbaikan di laman blog saya. Saya akan menitikberatkan komen-komen yang diberikan oleh mereka supaya laman blog saya terus dilawati oleh semua orang.

Bercerita tentang proses pembangunan blog ini, pada mulanya saya menetapkan visi, misi dan matlamat blog ini dibuat. Kemudian, sebelum saya menulis sesuatu berkaitan keusahawanan, saya mencari maklumat dan menganalisis fakta tersebut terlebih dahulu. Seterusnya saya menyediakan ruangan komen untuk para pelawat laman blog saya untuk memudahkan mereka berkomunikasi dengan saya.

Pengajaran yang saya perolehi dari proses pembangunan tersebut adalah saya dapat melakukan sesuatu daripada awal di mana saya menetapkan visi, misi dan matlamat penghasilan blog terlebih dahulu. Saya dapat merancang sesuatu sebelum melangkah lebih jauh. Kemudiannya, saya membuat analisis kerana saya tidak mahu menyampaikan sesuatu fakta yang salah kepada pelawat blog saya. Hal ini memberi pengajaran kepada saya supaya bersikap jujur di dalam penulisan di Internet. Seterusnya saya menyediakan ruangan komen supaya mereka mudah berinteraksi dengan saya. Hal ini dapat mendidik saya supaya lebih berfikiran terbuka dan mudah menerima pandangan orang lain.

Sekian sahaja penulisan saya pada kali ini. Saya akan sambung lagi pada masa akan datang. Terima kasih dan semoga berjumpa lagi. J


Tuesday 14 October 2014

Ciri-ciri Biografi Usahawan (Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman)


Nama               Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman
Nama               : Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman
Umur               : 27 Tahun
Jantina             : Lelaki
Asal                 : Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang
Status              : Berkahwin
Pendidikan      : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman,pengasas produk D'Herbs, merupakan seorang Usahawan muda yang bergelar Datuk pada usia 25 Tahun. Beliau seorang yang berani mengambil risiko dengan menceburkan diri dalam bidang kosmetik yang mana bidang ini kebiasaannya dipelopori oleh kaum wanita. Banyak pahit manis yang beliau tempuhi sebelum beliau berjaya seperti sekarang. Beliau yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' mempunyai keazaman yang sangat kuat di mana beliau berniaga dengan cara apa sekali pun. Bermula dengan menjual barangan kepada kawan-kawan di pejabat sehinggalah membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Kadang-kadang, pada hari Sabtu dan ahad beliau berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas. Pada permulaan perniagaan, hasil yang diperolehi hanya sekitar RM500 hingga RM600 namun meningkat menjadi RM2000 hingga RM3000. Beliau pernah cuba membuat pinjaman bank namun tidak diluluskan. Akhirnya di atas keprihatinan kenalan terdekat beliau berjaya sehinggalah sekarang. 


“alaa Syukri, kau tu takkan boleh berjaya. Kau tu lepasan SPM, masuk universiti pun tak lepas. Kau takkan berjaya Syukri.”

Kata-kata seseorang yang dilontarkan kepada beliau namun tidak melunturkan sedikit pun keazaman beliau untuk berjaya sehingga kini. SYABAS Dato' !

Ciri-ciri Biografi Usahawan (Nash Idrus)



“I like to win, actually I love winning. If I ever enter anything, I only want to be the best.”- Nash Idrus

Nama               Nazril bin Mohd Idrus

Umur               : 40 Tahun

Jantina             : Lelaki

Status              : Berkahwin 


Pendidikan   Institut Akauntan Bertauliah Australia (Akauntan Bertauliah, Perakaunan dan Kewangan 1997 - 2001), University of Melbourne (Ijazah Sarjana Muda Perdagangan, Perakaunan & Kewangan 1993 - 1996), Maktab Tentera Diraja (Anugerah Penerima, Lembaga Pengarah (BOD) 

1987 - 1991)

Nazril Idrus atau lebih dikenali sebagai Nash Idrus merupakan jurulatih kewangan, jurulatih, usahawan dan pengacara televisyen. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pelakon Malaysia dan suami kepada salah seorang pelakon cantik di Malaysia iaitu Sazlini Shamsul Falak atau lebih dikenali sebagai Sazzy Falak.  Pada mulanya Nash Idrus dilatih sebagai Akauntan Bertauliah di KPMG Melbourne dan kemudiannya Penganalisis Kewangan di UK dan ExxonMobil HSBC London. Berikutan semangat sebagai Pakar Kewangan Peribadi a.k.a "MoneySifu", beliau berazam untuk mendekati seberapa ramai orang yang ingin mempelajari tentang kewangan peribadi untuk menjadi pengurus wang yang besar. Sekarang, beliau adalah Presiden LVG Consultants.

Nash Idrus meletakkan pertumbuhan peribadi dan profesional sebagai kuasa beliau untuk terus berkembang sebagai usahawan. Secara keseluruhannya, beliau telah melabur lebih  daripada AS $ 50,000 dalam latihan, seminar, buku dan menjalani peribadi Kejurulatihan Perniagaan. Ini termasuk belajar daripada Pembangunan Peribadi Guru Tony Robbins, Perniagaan & guru Street-pintar dan New York Jualan Pengarang Terbaik "Rahsia Jutawan Minda" T Harv Eker; Jualan & Pembangunan Guru Peribadi dan pengarang "Anjing Jualan" Blair Singer, Pasaran Saham pelaburan guru dan New York Jualan Pengarang Terbaik "Nombor Peraturan 1", bekas beret hijau Phil Town dan Top Action COACH Jurulatih Perniagaan Asia, Jeevan Sahadevan, penceramah dan jurulatih perniagaan biasa di BFM, Stesen Radio Perniagaan Malaysia.


Sunday 12 October 2014

Ciri-ciri Biografi Usahawan (Irfan Khairi)



Nama               : Irfan Khairi
Umur               : 28 Tahun

Jantina             : Lelaki
Asal                 : Perak

Status              : Berkahwin (memiliki sepasang cahaya mata)
Pendidikan      : Ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom


Selepas mendapat ijazah, Irfan Khairi telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut. Beliau mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan internet dan multimedia yang dipelajarinya untuk menjadi jutawan muda seawal umur 25 tahun. 


Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan berasaskan internet secara sambilan pada 1999. Selepas mendapati pendapatan daripada perniagaan internet miliknya itu bertambah berlipat kali ganda, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan tersebut.Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan komputer riba dan internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000  walaupun tanpa pekerja dan peralatan computer yang canggih. Modal permulaannya hanyalah sebanyak RM500.

Beliau telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom di atas inspirasi yang telah ditunjukkan. Anugerah itu diberikan atas usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai generasi baru Malaysia dalam bidang internet dan kejayaan. Tidak ada siapa yang menduga, anak muda yang agak pemalu dan sentiasa merendah diri ketika di bangku sekolah itu berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan tokoh jutawan internet yang lain. SYABAS IRFAN KHAIRI!!


Kegiatan ekonomi zaman Pra-Sejarah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang kegiatan ekonomi yang dilakukan pada zaman Pra-Sejarah. Keadaan persekitaran mempengaruhi kegiatan manusia dan masyarakat zaman Pra-Sejarah.

i) Zaman Paleolitik
- Masyarakat zaman Paleolitik merupakan pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan mengembara untuk mencari makanan harian. Mereka memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Mereka memburu binatang dalam kumpulan yang kecil namun mereta tetap membahagikan hasil buruan sama rata sesama mereka.

ii) Zaman Neolitik
- Masyarakat zaman Neolitik tidak seperti zaman Paleolitik. Masyarakat zaman ini mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan masyarakat zaman Paleolitik. Mereka mula menghasilkan sumber makanan sendiri dan tidak lagi menggunakan alam sekitar sebagai kegiatan ekonomi yang utama. Namun mereka tetap bergantung kepada kesuburan tanah secara semulajadi untuk menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang. Kawasan pertanian yang menjadi tumpuan adalah di lembah-lembah sungai yang terdiri daripada tanah lanar. Lebihan daripada hasil pertanian akan didagangkan.

Evolusi Kusahawanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada hari ini, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang keusahawanan dan evolusi keusahawanan.

Keusahawanan merupakan aktiviti penuh azam daripada seorang individu atau sekumpulan individu yang memulakan, mengekalkan atau mengatur unit perniagaan yang berorientasi kepada keuntungan untuk pengeluaran dan pengedaran barangan dan perkhidmatan ekonomi (A.H. Cole, 1959) Definisi bagi usahawan pula adalah pengiktiraf peluang di mana orang lain melihat keadaan huru hara atau kemelut. Usahawan juga pemangkin untuk perubahan yang agresif dalam pasaran dan pencabar sesuatu yang tidak diketahui dan terus menerus mencipta masa depan. Peter F. Drucker berkata “Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”

                                                                                                            
 Evolusi Keusahawanan

Zaman
Konsep dan Teori
Pada zaman permulaan
Definasi keusahawanan bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut.
Pada zaman pertengahan
Usahawan digambarkan sebagai seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Ia mungkin mengawal projek tersebut menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Dalam kes ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko. Usahawan pada zaman ini, adalah seorang yang mengawal(berkuasa) kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.
Abad ke 17
Terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pakar ekonomi Richard Cantillion mengutarakan teori (definasi) awal mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada  istilah entrepreneur (usahawan). Pada pandangan beliau, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.
Abad ke 18
Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal
Abad ke 19 dan 20
Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.
Abad ke 21
Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise. Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. “Sekarang, kebanyakkan orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru.” Kuratko & Hodgetts